Saturday, February 9, 2013

Puisi #1 Selamat Tinggal Cinta

Selamat Tinggal Cinta..



Hujan.ketika hujan itu turun.
Ketika bumi dibasahi hujan..
Ketika itu hati ini turut dibasahi luka yang tertoreh.
Tanpa sebarang alasan. Hati ini dilukai.
Hujan yang membasahi bumi seolah mengerti..
Akan apa yang terjadi.
Akan apa yang kurasai.

Resah hati kian meninggi..
Seolah hidup tiada lagi erti..
Otak kata berhenti.tapi hati menafikan.
Apabila cinta yang diharap adalah cinta sejati pergi..
Dunia seolah tidak lagi berdefinisi.

Mengapa berpisah andai saling menyayangi?
Mengapa perpisahan yang diungkap olehmu?
Mengapa cinta menjadi tiada erti?
Persoalan demi persoalan mati.
Tiada sebarang jawapan.

Pintaku, carilah aku andai kau merasakan apa yang aku rasakan.
Pintaku, pergilah jauh andai kita memang tidak berjodoh..
Cinta bahagia.juga cinta luka.namun cinta tidak pernah buta.
Selamat tinggal cinta.
        

Hak cipta : ceritakehidupanku.
10.Feb.2013
02.51 pm



Monday, February 13, 2012

cerita pertama

Assalamualaikum dan Hai (dengan nada sopan)



Alhamdulillah.

Berjaya melahirkan blog kedua. Blog pertama banyak menaip entry hambar. Ye. Kadang-kadang buat aku rasa malas nak menaip. Idea makin kurang barangkali. Tak matang juga barangkali. 

Maka, aku amik inisiatif mewujudkan blog kedua yang lebih berbentuk kepada penceritaan. Dah nama ceritakehidupanku kan? Jadi aku harap dapat kongsi semua cerita, semua pengalaman suka duka aku di sini. Supaya satu hari nanti bila aku dah beranak cucu, bergelar isteri, ibu dan nenek boleh juga aku bergelak ketawa membaca hasil penulisan aku zaman dulu kala. (ayat gile skema).. argh.pedulikan. 

Jauh di sudut hati, aku harap blog ini dapat menjadi medan aku meluahkan segala apa yang terpendam dan pengalaman yang mungkin boleh dijadikan teladan.

 Oh ya, aku tak janji boleh update sekerap mungkin kerana aku masih meletakkan blog pertama sebagai yang utama. Aku sayang blog tu. Jangan caci walaupun aku pun sendiri tak tahu mana halatuju blog yang satu tu. 


Follower?aku tutup follower kat blog ni bukannya apa, aku tak mahu jadi blogger yang gila kan follower. prinsip aku simple, aku tulis bukan sebab inginkan ramai follower. tapi hanya ingin bercerita kepada sesiapa yang mahu membaca dan membuang masa. Mungkin kisah yang aku nak kongsikan ada pengajaran mungkin juga tidak. Terpulang kepada si pembaca untuk menilai.

Berkenalan? Mahu kah? Ok sedikit pengenalan dari aku. Aku seorang perempuan yang masih berumur 23 tahun pada ketika ini. Masih bergelar pelajar di salah sebuah IPTA di Selatan tanah air. 
Aku gila dengan benda atau binatang berwarna ungu. Aku juga gila dengan running man. OK aku tak gila.Aku manusia normal. Perkataan "gila" di sini aku guna kan untuk menggantikan istilah obses. Faham? bagus,

Cukuplah untuk entry pertama hari ni.Aku akan mulakan cerita nanti.



Bye.